PISMP

Mengenai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Matlamat PISMP adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

  • Syarat-syarat dan Kelayakan Asas:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran  di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester dan  akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  selama empat (4) tahun/ lapan (8) semester di IPG.

Mod Pembelajaran – Sepenuh Masa.

Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Jasmani
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Sains
  • Matematik
  • Rekabentuk Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Sejarah

Perhatian kepada semua pelajar PISMP, sila klik kepada Maklumat Akademik bagi mendapatkan bahan Taklimat Akademik oleh SUA pada 12 jun 2017. Senarai semak folio pembelajaran boleh dirujuk kepada bahan taklimat ini.