FUNGSI

  • Memastikan pelaksanaan dasar dan hala tuju kurikulum dan pentaksiran Institut Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Senat;
  • Memastikan proses perancangan, penggubalan dan pemurnian kurikulum latihan perguruan dapat dijalankan secara sistematik, profesional dan berkesan mengikut keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan memenuhi prosedur kualiti MS ISO 9001:2015 atas arahan Senat Institut-institut Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM);
  • Memastikan proses perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran program pendidikan guru  dapat dijalankan secara sistematik, profesional dan berkesan di IPGKDA;
  • Merancang dan melaksanakan proses penggubalan kertas peperiksaan dan kerja kursus secara sistematik, profesional dan berkesan mengikut Buku Panduan Pentaksiran IPGM;
  • Memastikan proses jaminan kualiti terhadap prosedur pengurusan akademik dilaksanakan di IPGKDA;
  • Memantau dan mencadangkan tindakan penambahbaikan berterusan berhubung hal akademik untuk dikemukakan kepada Pusat Pembangunan Akademik dan mana-mana pihak yang berkenaan di IPGM; dan
  • Merancang bengkel/kursus dan aktiviti.bagi memantapkan kompetensi pensyarah dalam mengurus dan melaksanakan hal ehwal akademik selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan prosedur kualiti MS ISO 9001:2015
  • Memantau pembangunan pelajar cemerlang bersama-sama Jabatan/Unit  Akademik berkaitan dan merangka program/aktiviti bagi membangunkan kompetensi   pelajar.